1 min reads
DeGrocery.com menyediakan servis penghantaran sayur-sayuran yang segar di Kuching, Kota Samarahan dan Miri Sarawak dalam beberapa jam dan pada setiap hari.

Kenapa sayur-sayuran amat penting dalam pengambilan diet harian? Memakan sayur-sayuran mempunyai banyak kebaikan kesihatan, dan orang yang memakan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan berkemungkinan mempunyai risiko yang rendah dalam beberapa penyakit kronik. Sayur-sayuran mengandungi nutrien yang penting untuk kesihatan dan pemeliharaan badan anda.
Sayur-sayuran mengandungi banyak sumber nutrien yang penting, termasuk kalium, serat makanan, folat, Vitamin A dan Vitamin C. Folat merupakan satu nutrien yang sangat penting untuk kesihatan anak-anak.
Memesan sayur-sayuran segar dalam talian dapat membantu anda menjadi lebih bijak dalam pilihan makanan anda.
Dengan ledakan teknologi dan penyebaran maklumat pada zaman sekarang, ia dapat membantu kita dalam memudahkan kehidupan seharian. Sekarang, kita boleh mendapatkan barangan kegemaran anda dalam masa yang singkat tanpa perlu keluar dari rumah. Dan oleh itu, DeGrocery.com dapat menolong anda untuk dapatkan semua barang keperluan anda dalam beberapa jam di Kuching, Kota Samarahan, Petrajaya, Batu Kawa, Miri dan Kawasan sekeliling.

Di DeGrocery.com, mereka dengan tulus melayani anda dan orang anda sayangi dengan buah-buahan segar tempatan dan juga buah-buahan yang telah diimport dengan kualiti terbaik dari seluruh dunia. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan pertama mereka.
Selain dari buah-buahan, DeGrocery.com juga menjual pelbagai produk lain termasuk barang-barang runcit dan barang keperluan harian.
Dengan menjadi platform pertama untuk memperkenalkan konsep seperti ini di Borneo, mereka berharap dapat melakukan lebih banyak perkara untuk membantu industri ini terus berkembang dan berterusan pada masa akan datang.

Oleh kerana harga dan isipadu buah yang berubah-ubah mengikut ketersediaan dan musim-musim buah yang terhad, mereka telah mengadakan kerjasama dengan pembekal buah yang terbaik untuk menyediakan buah buahan terbaik kepada anda. Ini bukan sahaja dapat memastikan anda dapat merasakan buah-buahan segar mengikut musim buah buah yang tertentu, tetapi juga dapat mengekalkan gaya hidup yang sihat.
Lebih-lebih lagi, DeGrocery.com akan menghantar buah-buahan dan barangan runcit di depan pintu anda dalam beberapa jam. Nikmati penghantaran percuma dan tawaran lain dari semasa ke semasa.
Beli buah-buahan segar anda secara dalam talian di DeGrocery.com.