Perkhidmatan Penghantaran Barang Runcit Dalam Talian (online) di Kuching dan Miri

1 min reads

 

  Pada zaman Internet yang semakin pantas kini, adakah anda masih menunggu berjam-jam untuk membeli barangan runcit dan tidak mendapatkan sebarang tawaran? Atau mungkin dengan rutin keseharian yang sibuk menyebabkan anda tidak sempat untuk membeli barang runcit? Dengan adanya revolusi dalam talian (online) sekali gus telah menjadikan hidup lebih mudah kerana sekarang barangan runcit anda boleh didapati di depan pintu rumah anda hanya dengan satu klik.

                                                              

  Jadi, tinggalkan segala senarai runcit yang panjang dan beg-beg yang berat kerana www.DeGrocery.com menyediakan perkhidmatan pembelian barangan runcit secara dalam talian di Kuching, Kota Samarahan dan Miri, Sarawak, Malaysia yang akan menjadikan hidup anda lebih mudah. Oleh itu, masa untuk anda mengaut keuntungan yang lebih banyak dengan tawaran yang lebih menarik!

DeGrocery

   Pasar raya dalam talian #1 di Borneo, DeGrocery, menyediakan sayur-sayuran segar, bahan makanan ruji, buah-buahan, minuman, produk penjagaan diri, barangan keperluan rumah, daging, roti, produk tenusu, telur, dan makanan untuk haiwan peliharaan, Pelbagai jenis barangan dan produk runcit seperti mi, beras, tenusu, safron, tepung, rempah, roti,minuman, dan banyak lagi dari pelbagai jenama boleh didapati dengan kualiti yang terbaik secara dalam talian. Sekiranya anda menginginkan penjimatan terhadap senarai runcit anda, ini adalah tempat terbaik di mana anda akan menikmati pelbagai tawaran hebat sehingga 70% diskaun dengan pembelian di DeGrocery hari ini.

   Mereka menyediakan khidmat penghantaran yang cepat, kualiti yang premium dan penghantaran pada hari yang sama anda membuat pembelian. Selain itu, tersedia juga penghataran ekspres hanya dalam masa 2 jam. Kawasan penghantaran adalah di Kuching, Kota Samarahan dan Miri untuk masa sekarang. DeGrocery merupakan pelopor dalam perkhidmatan penghantaran bahan makanan dalam talian di Borneo. Mereka mempunyai lebih daripada 3000 produk dan lebih daripada beratus-ratus jenama tempatan dan antarabangsa.

   Pesanan boleh dilakukan pada bila-bila masa 24 jam, tetapi waktu penghantaran hanya dari 09:00 AM sehingga 09:00 PM. Pesanan yang dibuat selepas 06:00 PM akan dihantar pada keesokkan harinya. Sekiranya anda tidak menemui apa-apa yang anda inginkan, anda boleh membuat pesanan khas dan mereka akan membawanya untuk anda. Ini adalah perkhidmatan penghantaran barangan runcit dalam talian yang paling ditunggu-tunggu di Kuching, Sarawak. DeGrocery percaya bahawa mereka memberikan kebahagiaan di setiap rumah. Perkhidmatan yang berkualiti dan kebahagiaan pelanggan adalah kepuasaan mereka.

 

Spread the love